Photobucket Great 1:1 Traffic Exchange

23 August 2008

Jawapan Menteri Terhadap Sumber Terbuka Di Malaysia


Datuk Dr. Maximus Johnnity Ongkili - MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

SIDANG DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL PERTAMA,

PARLIMEN KEDUA BELAS

PERTANYAAN : LISAN
Daripada: Y.B PUAN HAJAH ZURAIDA BT KAMARUDIN [Ampang]
Tarikh: 18 Ogos 2008
Soalan: 33

Minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah pendekatan yang diambil bagi membuka minda rakyat tentang sains komputer terutama mengenai perisian sumber terbuka berbanding sumber tertutup dan apakah penerapan perisian sumber terbuka yang telah atau akan dilakukan oleh Kerajaan.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang proaktif di dalam aspek membuka minda rakyat dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) khususnya dalam bidang sains komputer sejajar dengan wawasannya untuk mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara maju yang berasaskan pengetahuan. Untuk tujuan itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama pelbagai Kementerian dan agensi sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dengan melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran dan minta masyarakat terhadap bidang ICT dan sains komputer. Antara langkah-langkah yang telah diambil termasuklah melaksanakan roadshow, minggu S&T dan ICT di peringkat nasional dan negeri, mengadakan minggu kerjaya berkaitan ICT, melaksanakan initiatif penggunaan Internet secara positif dan forum keselamatan siber.

Bagi meningkatkan pendedahan berkaitan perisian sumber terbuka dan perisian sumber tertutup, pelbagai forum dan seminar telah dilaksanakan, sebagai contoh, ialah Malaysia Goverment Open Source Software Conference (MyGOSSCON) yang diadakan pada Disember 2007 di mana perbezaan antara dua sistem telah diperjelaskan dan dibincang. Sistem sumber terbuka menjurus kepada pendekatan pembangunan perisian dan perkongsian kod sumber secara sukarela oleh komuniti pengaturcara berbanding dengan perisian tertutup yang memberi fokus kepada pembangunan perisian oleh syarikat pengeluar yang mempunyai hak milik ke atas produk tersebut. bagi perisian terbuka, kod sumber diedar semula, diubahsuai dan diguna dengan percuma atau dengan kos yang sangat minima berbanding dengan perisian tertutup yang melibatkan kos yang tinggi.

Di samping usaha tersebut, fokus juga telah diberikan kepada penggalakan pembangunan dan penggunaan aplikasi ICT dan sistem komputer "mesra rakyat" dengan memperkenalkan aplikasi ICT yang boleh diguna secara langsung dalam aktiviti harian. Antara aplikasi yang dibangunkan termasuklah "Agribazaar", K-masjid", "e-khutbah", "e-Pekak", "e-Pusara", "T-Center" dan pelbagai aplikasi mesra rakyat. Manakala, bagi memupuk minat di kalangan pelajar, MDeC dengan kerjasama Kementerian Pelajaran telah pun melaksanakan aplikasi Sekolah Bestari (Smart School) sebagai salah satu aplikasi Perdana (Flagship Application) MSC malaysia. Perlaksaan Sekolah Bestari sebagai Aplikasi Perdana adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan golongan sasaran khususnya pelajar didedahkan aplikasi ICT dalam kegiatan penbelajaran dan pengajaran bagi menyediakan mereka ke arah generasi yang mampu bersainga dalam era masyarakat berilmu (K-Society).

Tuan Yang Di Pertua,

Bagi menjawab bahagian kedua soalan Ahli Yang Berhormat dari Ampang berkenaan penerapan perisian sumber terbuka, Kerajaan sememangnya telah menjalankan program pelaksaan di sektor awam sejak 4 tahun yang lalu.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah melancarkan Pelan Induk Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software atau OSS) Sektor Awam dan Pusat Kompentasi OSS pada 16 Julai 2004. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau MAMPU, telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi agensi peneraju (Lead Agency) Program OSS Sektor Awam ini dan telah pun melaksanakan Pelan Induk tersebut.

Blog Widget by LinkWithin
Holding down CTRL while clicking the links below will open a new tab instead of a new window.
TrafficG.com - SuperSurf V2 - http://www.mytopfold.com