Photobucket Great 1:1 Traffic Exchange

14 January 2009

Revolusi teknologi Windows Mobile 6.1

Menerusi platform ini, pengguna mampu memperoleh lebih banyak maklumat terkini mengenai topik-topik tertentu hanya melalui telefon bimbit mereka.




SEIRING dengan keperluan peribadi dan bagi memenuhi kesibukan kerja, anda kini tidak perlu lagi berada di depan komputer peribadi (PC) untuk menikmati kemudahan berkomputer.

Hanya berbekalkan sebuah telefon bimbit yang dilengkapi platform Windows Mobile, anda boleh melakukan beberapa perkara penting tanpa banyak masalah. Sama ada mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau sekadar melayari Internet, semuanya boleh dengan Windows Mobile 6.1.

Berdasarkan maklum balas pengguna, Windows Mobile 6.1 menawarkan beberapa ciri terkini termasuk membolehkan data-data penting dipersembahkan dalam cara paling pantas dan set up telefon yang lebih cepat.


WINDOWS Mobile 6.1 menawarkan lebih daripada sekadar sebuah platform.

"Kebanyakan kita mengharapkan sebuah telefon bimbit tunggal yang cukup fleksibel untuk memenuhi keperluan mereka setiap hari, baik untuk aspek peribadi mahupun bagi tujuan kerja.

"Inovasi yang ditambah ke dalam perisian Windows Mobile ini membantu memudahkan pengguna dalam pengurusan kehidupan mereka," kata Presiden Bahagian Hiburan dan Peralatan Microsoft, Robbie Bach.


PENAMBAHBAIKAN pada fungsi kiriman SMS membolehkan pengguna membaca beberapa SMS dalam satu paparan.

Seorang penganalisis dari Creative Strategies, Ben Bajarin pula menyifatkan keupayaan Internet Explorer Mobile dan Windows Mobile 6.1 sebagai satu inovasi yang memanfaatkan pengguna.

Jadi, apakah yang boleh dikecapi pengguna Windows Mobile 6.1 itu? Menerusi platform ini, pengguna mampu memperoleh lebih banyak maklumat terkini mengenai topik-topik tertentu hanya daripada telefon bimbit mereka. Mereka boleh sama ada memeriksa panggilan tidak berjawab, jadual temu janji akan datang, berkongsi gambar, memainkan muzik mahupun membaca mesej-mesej baru. Semua itu boleh dilakukan daripada home screen.

Antara ciri-ciri yang telah dikemas kini dan baru diperkenalkan dalam platform Windows Mobile 6.1 itu termasuklah dari aspek Getting Started Center, Personalization, khidmat menghantar mesej dan produktiviti.


PELANCARAN Windows Mobile 6.1 dalam telefon bimbit berlangsung di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Getting Started Center yang baru akan memberi panduan kepada pengguna tentang cara-cara melaksanakan tugasan-tugasan utama dalam tempoh 10 hari pertama telefon itu digunakan. Tugasan-tugasan yang dimaksudkan itu ialah menetapkan tarikh dan masa, e-mel peribadi dan kerja, kata laluan keselamatan, set kepada bluetooth, nada dering dan keupayaan memindahkan muzik dari komputer peribadi.

Salah satu perubahan terawal yang pengguna boleh lihat ketika menggunakan Windows Mobile 6.1 termasuklah muka home screen yang baru. Platform itu mempermudahkan kaedah perolehan maklumat pengguna.

Home screen dengan Panel Gelongsor plug-in menawarkan maklumat masa dan notifikasi (mel suara, panggilan tidak berjawab dan mesej-mesej teks) secara pantas, e-mel, temu janji, muzik serta pilihan Windows Live untuk Windows Mobile.

Tambahan pula, dengan sekali tekan pada butang menu Start, pengguna dapat melihat aturan semula yang kini memaparkan program dan aplikasi yang baru digunakan pada kedudukan teratas. Ini memudahkan akses yang lebih pantas.

Paparan aplikasi The Most Recently Used bagaimanapun boleh dimatikan daripada tetapan panel pada home screen.

Selain itu, penambahbaikan fungsi menghantar mesej pula membolehkan pengguna membaca beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam satu paparan. Setiap SMS turut menunjukkan maklumat secara terperinci bagi memudahkan pengguna membalas segera baik menerusi teks, telefon mahupun e-mel.

Dalam aspek Messaging, pengguna kini berupaya memilih pelbagai e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada paparan List dan melaksanakan pelbagai tindakan seperti memadam, memindah serta membuat tanda (baca atau belum dibaca). Dalam paparan Contacts pula pengguna dibenarkan memilih atau memilih semua untuk memadamkan pelbagai kenalan pada satu-satu masa.

Dari aspek produktiviti pula, platform Windows Mobile terbaru ini turut memiliki ciri Cut, Copy and Paste. Ciri-ciri ini boleh didapati sewaktu menulis e-mel dalam Microsoft Office Outlook Mobile, menghantar SMS mahupun menguruskan bahagian yang boleh diedit dalam Internet Explorer Mobile.

Aplikasi Task Manager yang ditambah dalam platform itu membantu pengguna menguruskan memori telefon bimbit dan jangka hayat bateri secara lebih berkesan. Pengguna dibenarkan mematikan dan menukar aplikasi dan program, selain mampu melihat prestasi data berkaitan penggunaan CPU dan memori secara am.

Ciri-ciri ini amat dinanti-nantikan kerana ia membantu mengurangkan kos sokongan operator telefon bimbit memandangkan gajet itu menjadi lebih mudah untuk mengalami troubleshoot.

Sumber: Kosmo.com.my


No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Holding down CTRL while clicking the links below will open a new tab instead of a new window.
TrafficG.com - SuperSurf V2 - http://www.mytopfold.com